1. Pengurus pasukan tidak dibenarkan bermain *kecuali nama didaftarkan dlm senarai 18 pemain.* 2. Hanya 5 orang pengurusan pasukan dibenarkan berada di bench. 3. Kedudukan bench bagi setiap pasukan home adalah di sebelah kiri padang. 4. Setiap pasukan *wajib* bawa 1 biji match ball semasa permainan. 5. Bip pemain simpanan *wajib* dipakai dan disediakan oleh pasukan masingĀ². 6. Pemakaian shin pad adalah *wajib* bagi setiap pemain. 7. Sekiranya perlawanan ditunda, baki masa permainan dan keputusan semasa akan dibawa semasa permainan disambung semula *dengan pemain yang sama semasa perlawanan dihentikan. Kutipan kad kuning/merah juga adalah sama semasa perlawanan dihentikan.* 8. Setiap pasukan *wajib* menyediakan 2 set stokin yang berlainan warna. Keutamaan pemilihan warna jersi dan stokin diberikan kepada pasukan home. 9. *Tiada imuniti* bagi finalis season lepas dalam cabutan undi. 10. Senarai pemain bagi setiap perlawanan *wajib* diserah kepada urusetia di lapangan sebelum 30 minit permainan bermula. 11. 2 orang pemain veteran *wajib* berada dalam padang pada setiap masa permainan berlangsung. 12. Armband bagi pemain veteran akan disediakan oleh pihak urusetia perlawanan.